ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI MEDICAL CARD YANG SESUAI DENGAN KEHENDAK ANDA?
MEDICAL CARD PRUDENTIAL TANPA LIMIT SEUMUR HIDUP UTK INDIVIDU & KELUARGA!

Pelan Perubatan Menyeluruh untuk Anda & Keluarga
MEMANDANGKAN kos perubatan dan gaya hidup yang kian meningkat, anda dan keluarga anda memerlukan pelan perubatan menyeluruh yang menyediakan perlindungan yang mencukupi.
Pelan Kad Perubatan Keluarga Prudential adalah pelan perubatan mampu milik tanpa had seumur hidup yang dapat memenuhi keperluan perubatan anda dan keluarga.
Dengan pelan ini, anda boleh memilih untuk memberikan perlindungan kepada pasangan dan anak-anak anda dalam Pelan Keluarga disamping anda dapat nikmati perlindungan perubatan sehingga berumur 100 tahun.
Pelan perubatan ini datang sekali dengan HIBAH dan anda boleh memilih untuk menetapkan simpanan pelaburan dalam cuma SATU KAD SAHAJA.

Kepentingan Medical Card
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Medical Card Peribadi Dengan Segera..

TIDAK DAPAT MERAMAL MASA HADAPAN
Pernah dengar MALANG TIDAK BERBAU? Belum ada cara lagi untuk meramal bilakah masanya anda akan ditimpa musibah. Sebaiknya anda bersedia dari SEKARANG. MENABUNG bersama TAKAFUL. Komitmen bulanan anda serendah RM100 mampu membantu anda memenuhi keprluan perubatan serendah RM 150,000 hingga RM 1 Juta setahun.

MENDAPATKAN RAWATAN YANG PANTAS
Dengan adanya medical card, anda boleh mendapatkan rawatan dari DOKTOR PAKAR tanpa perku melalui temujanji bersiri. Tidak dinafikan hospital kerajaan sangat bagus, tetapi ianya SANGAT PADAT dan perlu menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan rawatan DOKTOR PAKAR. Adakah anda suka dengan kesesakan ketika anda sedang sakit dan perlu menunggu untuk dirawat berjam-jam lamanya? Pastinya TIDAK bukan?

ELAKKAN GUNA DUIT SIMPANAN
Dengan lifestyle yang dimiliki kebanyak orang zaman kini, agak sukar untuk membentuk disiplin diri agar menyimpan, walaupun sangat bagus memiliki simpanan untuk masa hadapan. Adakah anda suka keluarkan duit simpanan anda yang anda dah PLAN untuk MELANCONG atau pergi menunaikan IBADAH HAJI semata-mata untuk MEMBAYAR bil rawatan di hospital berpuluh-puluh ribu? pastinya TIDAK!

TAK PERLU BUAT PINJAMAN BANK
Anda tahu berapa kos untuk merawat penyakit kanser? Ramai orang TERPAKSA MEMBUAT PINJAMAN dengan bank untuk membiayai kos rawatan yang menelan RATUSAN RIBU ringgit. Anda nak buat pinjaman bank dan mahu menanggung hutang bank pula? Makin bertambah bebanan anda.

TAK PERLU GADAI HARTA BENDA
Mengumpul aset dan harta bukanlah suatu perkara yang mudah! Pastinya anda juga tidak mahu ASET-ASET DAN HARTA BENDA TERGADAI semata-mata untuk membiayai kos rawatan di hospital.









